Lapuran SPRM terhadap kelulusan tanah 68,503 ekar oleh Zambry‏

By admin | October 21, 2011

 

Kenyataan Akhbar

 

Pada jam lebih kurang 11.30 pagi ini saya akan pergi ke pejabat Suruhanjaya Pencegah Rasuah  Malaysia di Ipoh untuk membuat lapuran terhadap Kerajaan BN Negeri Perak yang di pimpin oleh Dato’ Seri Zambry Bin Abdul Kadir.

Saya telah menerima maklumat yang kukuh bahawa Kerajaan BN Perak yang dipimpin oleh Dato’ Seri Zambry Bin Abdul Kadir telah meluluskan tanah-tanah berikut sejak 2009 hingga Julai 2011.

(i)           Kuari

                (a)           Keluasan               : 528.5582 ekar

                (b)           Premium               : RM7,099,250.00

(ii)        Lombong

              (a)           Keluasan               : 4,502.965 ekar

              (b)           Premium               : RM297,357.00

(iii)       Skim Perumahan               

              (a)           Keluasan               : 2,910.61 ekar

              (a)           Premium               : RM123,534,786.00

(iv)       Skim Industri/Pertanian     

                (a)           Keluasan               : 60,561.73 ekar

                (a)           Premium               : RM22,696,910.00

Saya telah berkali-kali dalam Dewan Undang Negeri dan melalui media meminta Dato’ Seri Zambry untuk mengumumkan dan menyenaraikan nama-nama penerima-penerima tanah-tanah tersebut tetapi beliau telah enggan berbuat demikian.

Saya mensyaki ada penyelewengan yang berlaku terutamanya tanah industri/pertanian yang diluluskan dengan harga lebih kurang RM375 seekar sahaja. Harga pasaran seekar tanah dinegeri Perak sekarang adalah sekurang-kurangnya RM20,000 seekar. Ini bermaksud jika 60,561.75 ekar dijual secara lelong terbuka Kerajaan Negeri Perak akan menerima wang sekurang-kurangnya RM1.2 billion.

Pada 17/10/2011 Dato’ Seri Zambry telah melalui satu kenyataan media telah menjelaskan bahawa tanah-tanah yang diluluskan kepada Majlis Agama Islam Negeri Perak (MAIP), Sekolah SUWA, Yayasan Perak dan agensi-agensi dan anak-anak syarikat milik Kerajaan Negeri dengan kadar nominal. Saya percaya jumlah tanah yang diluluskan kepada organisasi, agensi dan anak-anak syarikat tersebut merupakan sebahagian kecil daripada tanah-tanah tersebut yang telah diluluskan.

Demi kelulusan dan untuk memastikan bahawa tidak ada salah guna kuasa, penyelewengan dan rasuah saya hari ini membuat lapuran kepada SPRM.

Saya akan membekalkan bukti kukuh bahawa tanah-tanah yang tersebut di atas semenangnya telah diluluskan oleh Kerajaan BN sejak rampasan kuasa yang dilakukannya pada 6hb Februari 2009.

 

Bertarikh 21 Oktober 2011 jam 10.00 pagi.

YB NGEH KOO HAM
AHLI PARLIMEN BERUAS & ADUN SITIAWAN

GD Star Rating
loading...
GD Star Rating
loading...

Pengakuan Zaki buat bicara MB lwn MB tak sah

By admin | October 2, 2011

 

Keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes-kes yang membabitkan krisis perlembagaan Perak perlu dianggap tidak sah ekoran pengakuan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi bahawa beliau tidak terbabit dalam pembentukan panel hakim yang mendengarnya, kata DAP Perak.

NONEPengerusinya, Datuk Ngeh Khoo Ham berkata pengakuan Zaki
yang beliau tidak terbabit dalam pembentukan penal lima hakim panel yang mendengar kes Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin, adalah salah di sisi undang-undang.

Memetik kes Majlis Peguam lwn Tan Sri Abdul Hamid Omar [1989] 2 MLJ muka surat 281, beliau berkata Mahkamah Agung pada tahun 1989 memutuskan bahawa pembentukan panel hakim Mahkamah Persekutuan hanya boleh dibuat oleh Ketua Hakim Negara.

“Ekoran keputusan Mahkamah Agung itu – mahkamah tertinggi di negara ini – maka pembentukan panel hakim Mahkamah Persekutuan oleh mana-mana orang lain, adalah tidak dibenarkan.

“Oleh yang demikian, keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai kes krisis Perak adalah tidak sah,” kata Ngeh (kanan) kepada Malaysiakini.

Dalam kes pada tahun 1989 itu, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa hanya ketua hakim negara sahaja berhak untuk mengada dan membentuk panel hakim Mahkamah Agung untuk mana-mana prosiding.

Andrew Ong
Okt 1, 2011  5:03pm

GD Star Rating
loading...
GD Star Rating
loading...

Soalan Yang Memerlukan Jawapan Lisan dan Bertulis Bagi Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat, Dewan Negeri Yang Kedua Belas Perak Darul Ridzuan mulai 15/08/2011.

By admin | July 28, 2011

 

Soalan-Soalan Yang Memerlukan Jawapan Lisan dan Bertulis Bagi Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat, Dewan Negeri Yang Kedua Belas Perak Darul Ridzuan mulai 15hb Ogos, 2011.

 

Tarikh              :  27hb Julai 2011

Daripada         : YB DATO’ NGEH KOO HAM (Kawasan Sitiawan)

 

 Soalan-Soalan yang memerlukan jawapan lisan

 1.         Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk nyatakan purata pendapatan orang perseorangan dan juga isi keluarga (5 orang ) di Negeri Perak. Berapa isi keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM1,500.00 sebulan.

 2.         Bertanya kepada YAB Menteri Besar sudahkah mereka yang dikatakan mengeluarkan Lesen Menduduki Sementara (TOL) palsu berkenaan dengan penerokaan secara haram tanah di Sungai Tumbuh, Lambor Kanan berdekatan Seri Iskandar telah ditangkap dan didakwa di Mahkamah. Apakah keputusan yang telah dibuat oleh Kerajaan berkenaan dengan lebih kurang 404 hektar tanah yang telah dicerobohi ini.

3.       Bertanya kepada YAB Menteri Besar adakah tender terbuka dijalankan sebelum projek pengangkutan bas awam di Manjung dilaksanakan. Sila nyatakan nama syarikat dan terma-terma perjanjian untuk pengendalian pengangkutan bas awam ini.

 

 

Soalan-Soalan yang memerlukan jawapan bertulis 

1.         Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk senaraikan 200,000 hakmilik tanah baru seperti yang diumumkan oleh Menteri Besar dan dilapurkan dalam Star Metro pada 30hb Jun 2011. Berikan nama penerima-penerima hakmilik-hakmilik tersebut yang merupakan pemberimilikkan tanah baru (new land alienation).

2.         Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk senaraikan daerah-daerah dan keluasannya disetiap daerah tersebut tanah seluas 26,800 hektar yang diumumkan oleh Menteri Besar (dilapurkan di Star Metro pada 27/6/2011) telah diusahakan secara haram.

3.         Bertanya kepada YAB Menteri Besar untuk senaraikan nama mereka yang telah diluluskan tanah yang sekarang diusahakan oleh lebih kurang 100 petani di Tronoh Mines dan kenapa tanah-tanah ini diluluskan kepada mereka yang tidak ada kaitan dengan tanah ini dan bukan kepada petani-petani yang sedia ada di situ.

4.         Bertanya kepada YAB Menteri Besar dimanakah 1214.1 hektar tanah yang telah diperuntukkan untuk projek Perak Eco Industrial Hub. Nyatakan dengan terperinci rancangan kerajaan berkenaan dengan projek ini.

5.         Bertanya kepada YAB Menteri Besar berapa kalikah kadar premium bagi lot-lot perumahan Kampung Tersusun dan Kampung Baru bertukar dari 6/2/2009 hingga ke hari ini (27/2/2011). Nyatakan kadar premium untuk lot-lot perumahan bagi Kampung Tersusun dan Kampung Baru dalam tempoh tersebut.

 

NGEH KOO HAM
Pengerusi DAP Perak
Ahli Parlimen Beruas & ADUN Kawasan Sitiawan

GD Star Rating
loading...
GD Star Rating
loading...

PRU: Pakatan Perak sudah sedia tumbang BN, kata pengerusi DAP

By admin | November 18, 2010

 

Oleh Clara Chooi, The Malaysian Insider November 17, 2010

AYER TAWAR, 17 Nov – Empat hari ini selepas pemilihan sengit, DAP mengisytiharkan Pakatan Rakyat Perak sudah bersedia untuk menghadapi Barisan Nasional (BN) jika pilihan raya umum tergempar diadakan dalam waktu terdekat.

 Berbanding negeri-negeri lain, Pakatan Rakyat Perak dikatakan lebih padu di sebalik krisis politik yang menimpa negeri itu awal tahun lalu, menyebabkan kerajaan negeri jatuh ke tangan BN.

Pakatan Rakyat masih melihat perubahan awal 2009 sebagai satu bentuk ‘rampasan kuasa’ oleh BN, yang turut membawa kepada krisis perlembagaan negeri.

Dalam temu bual eksklusif, Pengerusi DAP Perak yang baru Datuk Ngeh Koo Ham berkata, sejak ‘rampasan’ kuasa lebih setahun lalu, kesemua pemimpin dan ahli Pakatan Rakyat di negeri terus-menerus bekerja keras untuk memastikan satu lagi “kemenangan”, yang lebih besar berbanding 2008, dalam pilihan raya umum ke-13.

 “Saudara-saudara kami dalam Pakatan Rakyat, kami sangat rapat di Perak, bukan hanya disebabkan krisis tetapi disebabkan kami mempunyai pemimpin-pemimpin yang baik, disegani, matang dan berupaya.

“Dan, ya, kami sudah bersedia (untuk menghadapi pilihan raya umum). Sebenarnya kami berada dalam persekitaran pilihan raya sejak (kuasa) kerajaan negeri disambar. Dan, sekarang pilihan raya akan dipanggil pada bila-bila masa, kami sudah bersedia.

“Saya percaya jentera pilihan raya kami berada dalam kedudukan mantap,” kata beliau kepada The Malaysian Insider di sini.

Bagaimanapun Ngeh mengakui, ekoran siri peristiwa ketika krisis perlembagaan selepas kuasa kerajaan negeri disambar, jentera Pakatan Rakyat kini amat terdesak untuk mendapatkan lebih banyak dana dan dalam kadar secepat yang mungkin.

“Apabila jentera kami diperkaya, maka kami boleh bergerak dengan lancar. Kami telah membelanjakan jumlah yang banyak bagi membiayai perbelanjaan khususnya untuk membayar kos kepada BN ketika kes mahkamah,” kata beliau.

 Pakatan Rakyat Perak terlibat dalam siri kes mahkamah ke atas BN sejak Februari 2009, dalam usaha mengisytiharkan kerajaan negeri sebagai tidak sah.

Pun begitu, bekas exco kerajaan negeri kanan Perak ini berkata, pihaknya sudah berjaya menyaksikan kemajuan dalam menerokai sokongan di kalangan pengundi kawasan luar bandar di mana ia kalah besar di tangan BN pada 8 Mac 2008.

Pada 2008, Perak yang secara tradisi dikuasai, BN jatuh ke tangan pembangkang dengan perbezaan hanya tiga kerusi.

DAP menyapu bersih di kesemua 18 kerusi yang ditandingi khususnya di kawasan Lembah Kinta manakala PKR menang di tujuh kerusi manakala PAS pula enam.

BN pula terus bertapak di 28 kerusi, kebanyakannya di kawasan luar bandar yang majoriti adalah pengundi Melayu. MCA menang satu kerusi manakala MIC kalah teruk.

PKR, DAP dan PAS membentuk kerajaan negeri Pakatan Rakyat pada awal pagi 9 Mac 2008 – sehari selepas pengundian. Bagaimanapun kerajaan negeri Pakatan Rakyat tumbang ekoran tindakan tiga wakil rakyatnya – dua dari PKR dan seorang pemimpin DAP keluar dan mereka bertindak sebagai anggota mesra BN.

Selepas siri usaha perundangan untuk memperoleh kembali kuasa kerajaan negeri, Pakatan Rakyat Perak kini memberi tumpuan untuk mendapatkan semula kemenangan dalam pilihan raya umum tergempar yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

Dewan Tertinggi BN akan mengadakan mesyuarat Sabtu ini, dijangka memberi tumpuan ke atas persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 dan konvensyen mereka.

Di Perak, halangan besar Pakatan Rakyat ialah mendapatkan undi orang Melayu khususnya di kawasan-kawasan separa bandar dan luar bandar yang ditandingi Umno pada pilihan raya umum 2008.

Bagaimanapun Ngeh kekal yakin bahawa disebabkan gabungan ketidakadilan yang disebabkan oleh BN dan prestasi kerajaan negeri Pakatan Rakyat selama 10 bulan, pengaruh mereka di kalangan pengundi terus mengalami peningkatan.

“Kami percaya dan berharap bahawa kini kami memiliki sekurang-kurangnya 40 peratus sokongan pengundi Melayu dari kawasan luar bandar,” katanya.

“Secara ideal, sasaran kami bukan untuk menang dengan majoriti tiga kerusi. Kali ini, kami meletakkan sasaran untuk menang dua pertiga daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri di Perak,” kata Ngeh.

Ngeh juga mendakwa berdasarkan pada sentimen umum pengundi di kawasan-kawasan kuat Umno, pengundi-pengundi Melayu kini lebih terbuka ke arah Pakatan Rakyat.

“Ia satu perubahan besar. Sebelum Mac 2008, DAP tidak boleh menaikkan bendera di kawasan-kawasan itu. Kami tidak boleh masuk langsung wilayah mereka.

“Tetapi sekarang, mereka mengalu-alukan saya dan apabila saya datang, saya bercakap kepada kehadiran sekitar 2,000 orang, saya merasakan diri saya dialu-alukan,” kata beliau.

DAP, kata beliau, sudah tidak lagi dianggap sebagai parti “cauvinis Cina atau parti komunis.”

Begitu juga sebaliknya kata Ngeh sambil menambah, pengundi komuniti Cina juga sudah tidak bimbang dengan parti-parti berorientasikan bukan Cina.

Kata beliau, mereka sudah mula menerima parti-parti pelbagai kaum seperti PKR dan PAS yang berlatarbelakangkan dasar Islam.

“Ini yang kami lakukan sekarang bagi memastikan ada sokongan bukan Melayu bagi PKR dan PAS di kawasan yang DAP tidak bertanding,” katanya.

Kata beliau, pihaknya kini dalam proses memujuk masyarakat Cina agar tidak bimbang dengan kedua-dua parti itu dan sedang bergerak untuk melepasi halangan-halangan sedemikian di Perak.

Bercakap mengenai strategi, kata Ngeh, gandingan Pakatan Rakyat sudah ada perwakilan di kesemua 24 bahagian Parlimen di negeri itu.

“Kami sudah membentuk jawatankuasa perhubungan Pakatan Rakyat di setiap kawasan Parlimen, diwakili oleh sembilan orang, dengan tiga wakil daripada setiap parti,” kata beliau.

Tambah beliau, setiap parti komponen Pakatan Rakyat juga dijangka menyediakan perkhidmatan di kawasan yang kemungkinan mereka akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.

Ngeh juga berkata, peruntukan kerusi membabitkan ketiga-tiga komponen Pakatan Rakyat dijangka sama seperti dua tahun lalu.

“Ia bukan satu masalah bagi kami. Benar, DAP menyerahkan dua kerusi kepada PKR, tetapi kami tidak bergaduh sesama kami untuk kerusi.

“Apa yang penting ialah hubungan kami kukuh. Itu sebabnya, Pakatan Rakyat Perak sangat rapat… kawasan anda dianggap sebagai kawasan kami dan kami melihat kami sebagai pemimpin Pakatan Rakyat, bukan hanya pemimpin parti sendiri,” kata beliau lagi. Pada 8 Mac 2008, DAP bertanding di 18 kerusi, PKR di 20 kawasan manakala PAS pula 21.

GD Star Rating
loading...
GD Star Rating
loading...

BN dalang sebalik protes

By admin | October 6, 2010

Sementara itu, pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berkata parti itu telah mengesahkan dengan cawangan Buntong di mana penunjuk perasaan itu mendakwa mereka berasal dan mendapati kumpulan berkenaan bukan ahli DAP ataupun pemuda parti itu. 

  “Kami syaki BN adalah dalang di belakang tunjuk perasaan ini kerana bekas ketua cawangan PKR Ipoh Barat, Fauzi Muda dilihat bersama kumpulan itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Ngeh berkata satu laporan polis akan dibuat oleh perwakilan DAP bahagian Buntong ke atas kumpulan itu atas dakwaan menyamar sebagai ahli DAP esok.

“Kami gesa ahli DAP dan orang ramai supaya bertenang dan tidak terjebak dengan taktik kotor yang digunakan oleh Umno dan BN yang telah berulang-kali kita saksikan di Pulau Pinang.

“Saya minta orang ramai supaya terus bersama Pakatan Rakyat dalam misi menyelamat negara daripada bankrap dan dimusnahkan dengan menukar kerajaan BN pada pilihan raya umum ke-13 yang akan datang,” kata Ngeh lagi.

DATO’ NGEH KOO HAM
Pengerusi DAP Perak
Ahli Parlimen Kawasan Beruas & ADUN Kawasan Sitiawan

GD Star Rating
loading...
GD Star Rating
loading...

Selamat Menyambut Hari Kiuh Bulan

By admin | September 22, 2010

Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kuih Bulan kepada semua warga Malaysia…!!!

              

GD Star Rating
loading...
GD Star Rating
loading...

DAP gesa Umno henti salahguna Perkara 153

By admin | September 22, 2010

DAP mendakwa bahawa Umno telah menyalahgunakan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan untuk keuntungan kroninya, dan mendawa tindakan itu melanggar Perkara 8 perlembagaan.

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berkata Perkara 153 menetapkan bahawa Yang di-Pertuan Agong melindungi peruntukan kepada orang Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak dalam institusi pendidikan dan perkhidmatan awal, untuk biasiswa, dan pemberian permit.

Bagaimanapun, dakwanya, Umno telah memperluaskan skop kedudukan istimewa itu, merangkumi hak-hak lain termasuk perumahan dan kedai untuk dijual dengan diskaun, dan mewujudkan ekuiti korporat, iaitu sekurang-kurangnya 30 peratus daripada keseluruhan sistem.

Ngeh yang juga ahli parlimen Bruas dan ADUN Sitiawan berkata, tindakan itu bertentangan dengan apa yang telah ditentukan mengikut Perkara 153 dan melanggar Pasal 8 perlembagaan persekutuan, yang menyatakan bahawa semua rakyat Malaysia adalah sama di segi undang-undang.

Bagaimanapun, tegasnya, majoriti orang Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak tidak mendapat manfaat daripada perluasan kontrak sosial tersebut.

Beliau turut menasihati Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) supaya tidak bertindak keterlaluan, mengambil kesempatan daripada isu tersebut untuk kepentingan politiknya.

Beliau juga meminta Umno menyedari realiti tersebut dan membantu orang Melayu yang miskin dan kaum pribumi di Malaysia Timur, meningkatkan status ekonomi dan kehidupan mereka.

Ngeh menegaskan demikian dalam ceramahnya anjuran DAP cawangan Aulong di Taiping pada malam Jumaat lalu, yang dihadiri oleh kira-kira 2,000 penyokong.

GD Star Rating
loading...
GD Star Rating
loading...

Sessi Dialog Dengan Perikanan, Miritim & Nelayan

By admin | July 22, 2010

YB Dato Ngeh Koo Ham (Ahli Parlimen  Beruas) telah mengadakan sessi dialog dengan Jabatan Perikanan & Miritim bersama-sama para nelayan kawasan Pantai Remis pada hari ini. Ini adalah disebabkan masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka adalah serius sekali. Mereka ini mengalami kesusahan dengan peraturan-peraturan yang ditetapkan pada 01/07/2010.  

Tarikh   : 22/07/2010 (Khamis) 
Masa      : 10.30am 
Tempat : Persatuan Saudagar Peniaga Ikan Pantai Remis (Hoo Seong Kong Huay)

1) YB Dato’ Ngeh Koo Ham memberikan ucapan kepada para nelayan dan di sebelah kirinya adalah 
     En.Liew (Jabatan Perikanan), En.Ang & En.Rosli (Miritim)

2) Para nelayan kawasan Pantai Remis

 3) Dewan di penuhi dengan para nelayan dan terdapat neleyan yang terpaksa berdiri di luar dewan

Dato’ Ngeh Koo Ham
Ahli Parlimen Beruas
ADUN Kawasan Sitiawan

GD Star Rating
loading...
GD Star Rating
loading...

Speech by Sdr Ngeh Koo Ham

By admin | December 1, 2009

“The Auditor General has confirmed that the Pakatan Rakyat State Government of Perak has caused improvement to each and every department and agency of the Perak State during its 11 month’s rule. The PR Government has succeeded in making historic achievements during this short period. It is without a doubt that PR is the hope of the people and it has brought the changes the people had voted for on 8/3/2008”.

1. The Betrayal

The last one year see tumultuous times in Perak with the unlawful and undemocratic grabbing of power by BN on 7/2/2009.

We saw one of us, Mdm Hee Yit Fong prostituted herself to BN and two others Mohd Osman Bin Mohd Jailu and Jamaluddin Bin Mohd Radzi from PKR who sold themselves to BN which caused the downfall of PR Government in Perak. They will be scorned upon for posterity. In the very near future when they are us longer useful to BN, BN will treat them worst than lepers of the past and dogs with sores to be avoided for that is the contempt BN has for them. That time is very near and let all comrades be reminded that history has never been kind to those who sold their souls for benefit. To prove my point I challenged Hee, Osman & Jamaluddin to ask BN now to promise them that they will be made candidates for their respective constituencies in the next election and see the BN’s replies to them. However, in order that history will not be too harsh to them, I urge them to repent and declare that they no longer side BN and support giving back the power to the people by calling for by-elections at their respective constituencies or support the dissolution of the Perak State Assembly.

2. The effect of the illegal & undemocratic grab of power

What concern us more, is the effect of this political crisis on our beloved state of Perak and the nation of Malaysia.

We see the police who are enforcers of the law have been reduced to taking instructions from the BN government. The Judiciary which is the baston of the constitution and the rule of law has on many occasions in the words of the retired Court of Appeal Judge, Dato’ N. H. Chan decided against the plain provisions of the law. The Sultan of Perak has refused to dissolved the state Assembly at the request of Menteri Besar, YAB Dato Seri Nizar Bin Jamaluddin against his very stand as stated in his book “Constitutional Monarchy, Rule of Law and Good Governance” where His Royal Highness said:

“Under normal circumstance, it is taken for granted that the Yang di Pertuan Agong (the sultan) would not withhold his consent to request for dissolution of Parliament (State Assembly). His role under such a situation is purely formal”

The police invaded the Perak State Assembly and forcibly evicted the speaker, V. Sivakumar on 7th May, 2009 and help BN installed a bogus speaker who was elected by BN elected representatives even before the Assembly Session was opened by His Royal Highness the Regent of Perak.

All these spell disaster for the Perak state and nation of Malaysia. It is imperative on all of us, who love Malaysia to save Malaysia by restoring the constitution to its rightful place and to uphold rule of law.

The way forward is to take Putrajaya and there is no two ways about it as reform to the police and the judiciary can only be done by taking federal power. Let us pledge to day to save our nation by working towards Putrajaya.

3. How have we performed ?

Do the people have faith in us? Our 11 months of ruling Perak has crushed to pieces the propaganda perpetuated by BN in the last 50 years that the opposition parties are unable to rule. We have proven them wrong and have outperformed BN in every aspect.

The Auditor General has confirmed that the Pakatan Rakyat State Government of Perak has caused improvement to each and every department and agency of the Perak State during its 11 month’s rule. The PR Government has succeeded in making historic achievements during this short period. It is without a doubt that PR is the hope of the people and it has brought the changes the people had voted for on 8/3/2008

In 2008 the Auditor General audited 7 state departments and 6 state agencies in Perak and found all these state departments and agencies have improved under the PR government. The financial management of the State financial office was accredited with a four star Excellence status of 90.33 marks which was unprecedented. We see mark improvement

on the State Economic Development Corporation (SEDC) and the Majilis Agama Islam and Adat Melayu Negeri Perak.

The SEDC under BN could not come out with audited accounts for 10 years (1997 to 2006). These were all finally finalised and audited under the PR short rule. Even the 2007 accounts were prepared up to date and audited. Imagine the impact on our state if we are

given more time to govern. Imagine the impact we can make if we control the Federal Budget of about RM200 billion yearly which is about 300 times more than the Perak State budget of about RM700 million.

We have increased State Revenue by more than RM 100 million from RM538,761,178 in 2007 to RM639,425,143 in 2008 despite not having increased any tax whatsoever on the rakyat and despite we having reduced all land conversion premium and quit rent for not profit organizations to RM 1,000 and RM 40-00 respectively. We increased revenue through hard work, open tender system and zero tolerance for corruption.

Our other policies like granting freehold titles for planned and new villages, approving lands for schools and places of worship, supporting Chinese Private Schools and private religious schools by granting them 1000 hectares of land each have endeared us to the rakyat. In the pipeline were programmes to ensure home ownership for all especially the Indians who were displaced from the estates by giving them housing lots, selling homes to them at discounted prices.

The welfare policies of helping the poor, the needy and the downtrodden have also been well received.

4. To persevere and serve faithful

I call on all PR elected representatives to continue to serve faithfully and not be discouraged.

Though we have lost confidence in the judiciary due to the flip-flop decisions of the courts, we however, still trust that good will triumph over evil. If V.Sivakumar succeeds in his case against the Election Commission and the 3 frogs, we will see by elections in Jelapang, Changkat Jering and Behrang. If Dato Seri Nizar bin Jamaluddin succeeds in his case against Dato Zambry bin Abdul Kadir we will see state wide elections to be called.

The PR leadership will continue to do what we can especially through legal court cases while members must continue to influence public opinion, to get the people to persevere and to stay with us. I believe so long as the people are with us. Putrajaya will be a dream that is achievable.

Ngeh Koo Ham

Chairman, DAP Perak

GD Star Rating
loading...
GD Star Rating
loading...

總稽查司給90.33分‧民聯掌霹表現獲肯定

By admin | December 1, 2009
民聯成員黨領袖出席大會開幕儀式;前左起戴成銀、曾敏凱、李文材、阿茲利、慕斯達化、祖基菲里、鄭立慷及凱魯丁。

林吉祥(右) 及林冠英父子在大會上握手;左2起倪可漢及倪可敏。(圖:星洲日報)

倪可漢致詞時展示總稽查司報告及州經濟發展局的相關資料。

(霹靂‧怡保)行動黨霹靂州主席拿督倪可漢說,總稽查司已肯定了霹靂州民聯政府在短短11個月執政期間,7個政府部門及6個州級機構的表現都有顯著進步,州政府財務部門的經濟管理被授予4星級的卓越肯定,更獲得90.33的評分。

他說,州經濟發展局及霹靂州回教理事會和馬來人傳統事務局也同樣取得進步。

帳戶及時準備好接受稽查

他說,州經濟發展局在國陣管理下,其帳戶10年即從1996年至2007年都無法進行查賬,在民聯執政時,進行最後整理及審計,包括2007年的帳戶皆能及時準備好以接受稽查。

“如果我們能有更多時間,將對霹靂州帶來多大的影響?如果我們能控制聯邦每年2000億令吉的財政預算,也就是霹靂州7億財政預算的近300倍數額,將有如何巨大的改變?”

倪可漢週日(11月29日)在霹靂州行動黨第15屆常年代表大會上指出,民聯政府在短時間內已達到了歷史性的成就,無可否認的,民聯是人民的希望,也符合人民在308大選所要帶來的改變。

從務實方式提高收入“我們已提高霹靂州的收入總額超過1億令吉,從2007年的5億3876萬1178令吉,提高至2008年的6億3942萬5143令吉,當中沒有提高人民的任何稅務,民聯是從勤勞務實、公開招標系統及零貪污的方式來提高政府的收入。”

尼查若勝出將舉行州選

倪可漢說,如果原任民聯霹靂州議長西華古馬在選舉委員會及3名跳槽議員的案件中勝出,霹靂州將迎來3場補選,如果拿督斯里尼查在大臣雙包案勝出,那霹靂州將迎來州選舉。

“民聯領導層將盡力嘗試所有可行的方法,特別是通過法庭來審判,行動黨黨員須時刻影響群眾的意見及看法,以獲得民心,並希望民聯的議員繼續真誠地服務,不要沮喪放棄,邁向布城,仍然是可以實現的夢想。”

贊比里應交待新官車情況

倪可漢在新聞發佈會上也指出,在民聯執政期間的總稽查司報告都有好表現,唯一不滿的是高維修費的官車應該早就換掉,因為通常一輛官車不能使用超過4年或10萬公里,不然修理費就會很高。

“州政府在購買官車上獲免稅,民聯州政府當初購買佳美官車時,價格是9萬7000令吉,市場價格是17萬令吉。針對此事,贊比里應給予人民一個交待,為何要賣掉這批新車、目前新車的情況如何及維修費數額。”

314代表出席大會

共有314名代表出席大會。行動黨秘書長林冠英為這項大會主持開幕儀式。出席者包括行動黨國會領袖林吉祥、霹靂州署理主席古拉、秘書倪可敏、副秘書西華古馬、財政梁美明,以及行動黨的國、州議員。雪州甘榜東姑州議員劉永山擔任大會議長。

出席的民聯成員黨領袖包括公正黨副主席李文材、霹靂州主席慕斯達化、副主席鄭立慷、宣傳秘書祖基菲里、回教黨霹靂州主席阿布峇卡、署理主席凱魯丁、怡保西區區部主席阿茲利、新邦波賴區州議員曾敏凱及十八丁州議員戴成銀。

霹靂州行動黨第15屆常年代表大會
一致通過30項議決案
1. 譴責國陣在今年2月發動霹靂州政變事件,導致憲法危機及州議會癱瘓,並促請首相拿督斯里納吉尊重人民的選擇,解散霹靂州議會、還政於民。
2. 譴責警方淪落為霹靂州國陣的工具,非法阻止民聯州議員進入霹靂州州議會,特別是3月3日及9月2日的州議會,使到霹靂州民主制度癱瘓,並促請總檢察長將相關警員控上法庭。
3. 譴責警方自霹靂州憲法危機發生過後逮捕超過100名民聯領袖及人民,特別是非法進入州議會拖走合法議長西華古瑪的濫權行動。
4. 譴責霹靂州政府秘書拿督阿都拉曼哈欣在協助霹靂州國陣奪權事件中的行動,並促請公共服務委員會采取必要行動。
5. 哀悼在反貪污局總部離奇墮樓身亡的趙明福,並促請首相拿督斯里納吉成立皇家調查委員會,調查趙明福的死因,讓真相還原。
6. 誓言捍衛黨的鬥爭,致力通過民聯掌權的州政府及地方政府權力,修正法律及政策,落實社會民主及馬來西亞人的馬來西亞目標。
7. 支持民聯5大施政原則,也就是公正、有能力、透明、福利及自由,成為民聯治州和工作的原則。
8. 呼吁聯邦政府即刻落實公正、公平和不分膚色的政策,體現真正一個馬來西亞的精神。
9. 呼吁聯邦政府采取行動吸納更多非馬來人進入政府機構,解決政府機構種族比例失衡的嚴重情況。
10. 呼吁聯邦政府對于具爭議性的警方射殺案件進行公開調查。
11. 譴責國陣濫用1960年內部安全法令,並促請釋放所有未經審訊的扣留者或將他們提控上法庭。
12. 促請聯邦政府廢除1960年內部安全法令、官方機密法令、印刷與出版法令及大專法令,以符合公正和民主原則。
13. 致力提升民聯執政州屬的地方政府服務效率,落實21世紀地方政府議程,在落實各項政策或決定前聽取人民心聲。
14. 呼吁聯邦政府恢復人民集會權利,並給于所有政黨公平的機會。
15. 努力消除種族主義,提升各種族、政府官員、非政府組織間的合作及和睦相處。
16. 呼吁國陣聯邦政府停止在2010年的財政預算案中加重人民負擔,立刻取消產業盈利稅及信用卡費用。
17. 呼吁聯邦政府修改1996年教育法令,保障國內各源流學校的存在地位。
18. 促請聯邦政府承認獨中統考文憑,留住人才為國家貢獻。
19. 促請國陣聯邦政府尊重聯邦憲法保障下的宗教自由。
20. 遺憾霹靂州國陣沒有延續民聯的利民政策,使到獨中及宗教學校以地養校、給予各源流學校土地的政策胎死腹中。
21. 遺憾霹靂州國陣沒有延續民聯的利民政策,使到新村與馬來重組村永久地契政策不能落實。
22. 支持霹靂州民聯給予工業、農業及房屋地契自動更新至少99年的立場,只征收象征性費用減低人民負擔。
23. 支持霹靂州民聯繼續落實給予非回教在宗教,包括廟宇、教會土地的政策。
24. 遺憾國家在最新的2009年透明國際貪污指數排名從去年的47名跌到今年的56名,寫下15年來的新低,並要求成立一個向國會直接負責、沒有政黨控制,真正自由的反貪污委員會。
25. 譴責反貪污委員會沒有履行本身的角色,反而成為國陣奪取民聯州政權的工具,對民聯領袖展開具惡意性的調查及指控。
26. 譴責霹靂州國陣通過落實《2007年固體廢料法令》,導致州子民可能在日後面對繼英達麗水排污費過後的“第三門牌稅”。
27. 譴責英達麗水提控人民上法庭。
28. 呼吁聯邦政府成立內閣特別委員會,研究印裔同胞面對的所有課題及落實政策解決。
29. 支持霹靂州民聯給予有需要的印裔同胞每年500萬令吉撥款的決定。
30. 支持霹靂州民聯給予沒有住所的人民,特別是園丘的印裔同胞及非法木屋者土地,讓居者有其屋的決定。

GD Star Rating
loading...
GD Star Rating
loading...